Sabtu, 14 Jun 2008

Kata orang, masa silam itu indah dan pengalaman merupakan harta yang paling tinggi nilainya pada diri seseorang. Jika pengalaman silam dipadukan dengan sedikit imaginasi dalam bentuk penulisan, mungkin dapat menghibur dan memberi pengalaman baru pada orang lain.Berdasarkan pada pendapat tersebutlah, kini PUAKA BORNEO menemui para penggemarnya. Saya Arman clay Raymond (bukan nama sebenar) tidak bermaksud mengajak pembaca mempercayai perkara-perkara tahayul. Tetapi, pengalaman saya yang sedikit meyakinkan bahawa sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya di izinkan oleh ALLAH swt.

Mungkin ada orang yang berpendapat semua kisah dalam PUAKA BORNEO, sebuah dongeng di dunia maya yang sengaja diada-adakan. Mungkin ada yang tidak beranggapan demikian.
Walau apa pun terpulanglah pada tanggapan diri masing-masing. Apa yang pasti, SYAITAN dan IBLIS telah wujud lebih awal dari manusia dan bersumpah akan memusnahkan anak ADAM hingga hari KIAMAT.Tetapi ilmu SYAITAN dan IBLIS hanya dapat menguasi orang-orang yang lemah imannya. Inilah intisari dari kisah yang dijalin oleh saya dalam PUAKA BORNEO, mengajak pembaca berfikir untuk mencari sesuatu yang baik, mengagumi kebesaran Allah S.W.T.

Tiada ulasan: