Sabtu, 7 November 2009

Kucing Kami


Kucing yang sedang duduk bersantai ini merupakan kucing peliharaan kami, masih kitten ..umur kucing-kucing nie belum lagi sampai setahun,seronok juga tengok gelagat mereka berdua tapi ada masa-masanya mereka berdua nie membuatkan kita berbuih mulut ... sebab terlalu nakal biasalah kucing masih bebudak lagi. Opppsss... sepekara lagi kucing ini bukan untuk dijual yer...lagi pun kucing nie dah jadi baka domestik pasal kelahiran mereka ini tidak didaftarkan . Kalau ada yang berkenan tu, tunggulah mereka ini dapat anak-anak yang comel-comel.

Nama kucing nie Meimei, berumur lebih kurang 5 1/2 bulan. Kita orang beli dari iklan www.mudah.com , pemilik asal Meimei pun seorang pencinta kucing dari tanjung tokong,Penang.
Kita orang beli de memang berbaloi dengan harga Rm3++ sahaja. Meimei nie dah baka campur iaitu Bengal + Parsi. Sekurang-kurangnya kita kena tahu juga latar belakang kucing. Tengok dalam iklan tempoh hari tu memang Meimei seekor je la yang berkenan di mata dan melekat di hati.

Kucing yang berlagak lelaki macho nie kita orang bagi nama Ckingking, umur dalam 7 bulan. Kucing nie kita minta dengan seorang akak kedai runcit. Time tu umur de dalam 2 bulan. Adik beradik de dah kena tangkap spca Penang... hee, Nangis gak akak kedai tu bila tau kucing de 3 ekor dah kena amik.

Ohh..yaahh, setakat sini sajalah dulu pengenalan mengenai kucing peliharaan kami, story selanjutnya....akan menyusul kemudian, nantikan kemunculannya disini hee...

Ahad, 15 Jun 2008




























TARIAN SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.


TARIAN LIMBAI
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang

TARIAN SUMAYAU
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.
Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian.
Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.
Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.
TARIAN MAGUNATIP
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.


TARIAN ADAI-ADAI
Adai-adai pada mulanya merupakan nyanyian yang digunakan sebagai suara beramai pada sebuah pantun yang dinyanyikan. Tarian ini tidak menggunakan sebarang alat muzik ketika menyanyikannya. Bunyi yang mengiringi nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Ia merupakan tarian masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan Weston, Sabah.



TARIAN DALING-DALING
Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.






KURA-KURA DAN MONYET
Pada zaman dahulu, kononnya, ada seekor kura-kura yang turun dari bukit pergi ke sungai untuk mencari makanan. Waktu Si Kura-Kura sampai di sungai itu, dianampak sebatangpokokpisang. Dia pun pergi melihat pokok itu, manalah tahu kalau ia berbuah. Tetapi apabila dia lihat betul-betul rupanya pokok pisang itu tidak ada buah; hanya pokok sahaja. Si Kura-Kura berfikir, "Pokok pisang ini masih muda. Baik saya tanam supaya nanti ia boleh berbuah." Tetapi kasihan Si Kura-Kura, dia tidak dapat mengangkat pokok pisang itu kerana pokok itu terlalu berat. Si Kura-Kura pun mencari akal bagailuana dia boleh membawa pokok itu.
Di seberang sungai itu ada se ekor monyet sedang melihat Si Kura-Kura memegang pokok pisang itu. Lalu kata Si Monyet, "Apa yang engkau pegang itu, Kura-Kura, bukankah itu pisang?"
Si Kura-Kura menjawab, "Apa lagi, kawan! Tetapi saya tidak dapat mengangkat pokok ini sebab berat sekali."
Apabila Si Monyet mendengar Si Kura-Kura berkata 'Pisang', dia terus menjawab, "Janganlah susah hati fasal itu, kawan, saya akan menolong engkau tetapi engkau berilah bahagian kepada- saya."
Jawab Si Kura-Kura, "Janganlah susah hati, kita akan membahaginya."
Jadi Si Monyet pun berenangke seberang sungai itu untuk menolong Si Kura-Kura. Apabila dia sampai, dia nampak pokok pisang itu tidak berbuah. "Hai," katanya, "Saya sudah rugi datang ke sini. Saya fikir apabila engkau kata, 'Pisang', pokok itu sudah berbuah."
Tetapi Si Kura-Kura berkata, "Janganlah susah hati kerana pokok ini tiada buah, kawan. Kalau kita tanam, ia pasti berbuah. Tapi kita mesti mengeratnya, engkau ambil sebelah, dan saya ambil sebelah. Pilihlah yang mana engkau suka, di sebelah batangnya atau di sebelah pucuknya."
Jadi Si Monyet pun berf kir, kalau dia ambil di sebelah batangnya, sudah tentu lambat berbuah. Oleh itu Si Monyet berkata, "Kalau begitu, kawanku Kura-Kura, di sebelah batangnya engkau ambil dan di sebelah pucukaya saya ambil, sebab kalau saya ambil yang di sebelah batangnya, ia lama berbuah. Lebih baik saya ambil yang di sebelah pucuknya sebab sudah berdaun sedia. Hanya tunggu berbuah sahaja."
Kata Si Kura-Kura, olehlah.: Si Monyet pun mengerat pokok pisang itu kepada dua penggal. "Kalau begitu, kawanku Monyet," kata Si Kura-Kura, "saya minta engkau tolong saya mengangkat bahagian saya ini sebab saya tidak dapat mengangkatnya."
Mereka pun bersama-sama mengangkat pokok pisang itu naik dari tebing sungai itu. Apabila mereka sampai ke tempat yang lebih tinggi, mereka pun menebas tempat itu supaya dapat menanam pisang Si Kura-Kura itu. Apabila mereka sudah selesai menebas dan menebang kayu-kayu di situ, mereka tidak membakarnya sebab tempat itu kecil sahaja, hanya cukup besar untuk menanam pokok pisang itu sahaja. Mereka menggali tanah di situ dan menanam pokok pisang itu. Si Kura-Kura pun menjaga pokok pisangnya di situ. Tetapi Si Monyet pula, apabila mereka selesai menanam pokok pisang Si Kura-Kura itu, dia membawa pokok pisang bahagianya dan menanamnya di tempat lain yang lebih jauh. Si Monyet ketawa terbahak-bahak serta berkata," Lihatlah nanti pisang siapa berbuah dahulu. Bahagian saya ini sudah berdaun sedia." Setelah selesai menanam pokok pisang sebelah pucuk itu mereka pun sama-sama menunggu.
Keesokannya Si Kura-Kura nampak pokok pisangnya sudah mulai bertunas. Tetapi pisang Si Monyet pula sudah jadi kuning sebab layu. Tetapi Si Monyet kata, "Ha, tidak lama lagi pokok pisang ini akan berbuah sebab sudah mulai kuning." Padahal bukan pula berbuah tetapi mulai mati.
Tiga hari kemudian, waktu Si Monyet melihat pokok pisangnya, pokok itu sudah layu. "Hai," Si Monyet berkata, "saya rugi pula kerana pisang saya sudah layu."
Beberapa bulan kemudian, pokok pisang Si Kura-Kura itu sudah besar dan mulai berbnah. Si Kura-Kura sabar menunggu, dan tidak lama kemudian buah pisang itu menjadi besar dan kuning sebab sudah masak. Tetapi Si Kura-Kura pula ada rnasalah, dia tidak dapat memanjatnya. Tiga hari selepas itu, Si Kura-Kura nampak pisangnya sudah masak. Oleh kerana dia tidak dapat memanjatnya, mahu tidak mabu, terpaksalah Si Kura-Kura pergi mencari Si Monyet untuk meminta dia memanjat pokok pisanguya. Kata Si Kura-Kura, "Beginilah kawan! Kalau engkau sudi menolong saya, tolonglah panj at pokok pisang saya itu sebab buahnya sudah masak. Saya tidak pandai memanjat, jadi tolonglah saya. Nanti buah-buahnya kita bagi sama."
"Hai," kata Si Monyet, "jangan susah hati, kita pun sudah saling tolong menolong sejak dulu lagi, itu bukan susah." Apabila mereka sampai di pokok pisang itu, Si Monyet berkata, "Kalau begitu, kawanku Kura-Kura, saya akan memanjatnya, dan nanti saya akan gugurkan buah-buahnya. Kalau bunyinya 'buk', jangan ambil. Kalau 'pis' bunyinya, engkau ambillah."
"Baiklah," jawab Si Kura-Kura. Si Monyet pun memanjat pokok pisang itu dan sebelum dia menjatuhkan buah-buah pisang itu, dimakannya dahulu. Si Kura-Kura itu berkata, "Hai, kawanku Monyet. Mengapa engkau tidak gugurkan buah pisang itu?"
Kata Si Monyet pula, "Nanti dulu kawan. Apabila saya sudah kenyang, saya akan memberikan buah-buah ini kepada-engkau." Lalu makanlah Si Monyet sampai kenyang. Apabila sudah kenyang baru dia berikan kepada Si Kura-Kura. Si Monyet menjatuhkannya dengan berbunyi 'pis', yang mana sudah dimakan oleh Si Monyet. Apabila Si Kura-Kura pergi mengambilnya hanya kulit buah pisang sahaja, isinya sudah dimakan oleh Si Monyet.
Si Kura-Kura sangat-marah pada Si Monyet sebab dia kena tipu. Dia turun pergi ke sungai untuk mencari Si Ketam. Apabila ditemuinya Si Ketam, dibawanya ia ke darat. Sebaik saja mereka sampai di bawah pokok pisang itu, Si Kura-Kura menyuruh Si Ketam memanjat pokok pisang itu untuk menyepit buah kemaluan Si Monyet. Si Monyet pula ketawa terbahak-bahak sebab dia sudah kenyang makan buah pisang, tetapi dia tidak tahu Si Ketam sedang memanjat pokok pisang itu. Sekali dirasanya, Si Ketam sedang menyepit buah kemaluannya. Si Monyet pun meloncat turun dari atas sebab kesakitan dan meminta tolong dari Si Kura-Kura untuk menghalau Si Ketam yang menyepit buah kemaluannya itu.
Tetapi Si Kura-Kura ketawa besar pada Si Monyet, serta berkata, "Nah' itulah hadiahnya engkau menipu saya. Sesudah engkau kenyang, tidak sebijipun engkau bagi."
Si Monyet tidak tahu bahawa Si Kura-Kura pula yang menyuruh Si Ketam memanjat pokok pisang itu. Tidaklah lama kemudian, buah kemaluan Si Monyet pun bernanah. Akhiwya dia pun mati.

Cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan, Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 17-19
NUNUK RAGANG

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.

Diceritakan juga bahawa pada masa itu tmepat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.

Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.

Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah pendudukpenduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.

Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati; binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.

Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunak Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.

Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."

Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.

Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orangorang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.

Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka tcrdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.

Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membnat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranakpinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut janh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.

Setelah tanah di situ diratakan, maka orangorang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucak tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.

Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.

Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunak Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.

Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kampulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.

Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunak Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunak Ragang itu.

Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunak Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.

Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunak Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untak dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.

Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunak Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.

Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar bnat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada orang-orang Dusun/Kadazan dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orangorang Dusun/Kadazan adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Dusun/Kadazan mempercayai akan kisah ini.

Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orangorang Dusun/Kadazan berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.

Taha Abdul Kadir. Cerita Tradisi Sabah. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. 1985. m/s 1-9.














Pahlawan Sabah gunakan perniagaan satukan masyarakat lawan Jepun DATUK Maharajalela Musa Unggu atau lebih dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah, tetapi tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad ke-20. Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam, Adui Unggu dibunuh secara kejam askar Jepun pada 1944 kerana ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.
Kaedah perniagaan digunakan mirip sistem koperasi iaitu pelbagai hasil tani, belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul, sebelum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura. Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka. Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB).
PEDANG milik Pak Musa yang digunakan menentang penjajah.
Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (kini Sabah). Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya, tetapi mereka enggan berundur, sebaliknya menyerang balas setiap kali masyarakat pribumi di Membakut dan Beaufort dibunuh, ditindas dan diugut penjajah. Cucu saudaranya, Subohria Amat Tua, 83, berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas di Utara Sabah pada 1867, tetapi menjadikan Paitan, Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun. Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.
CICIT Pak Musa, Syehriffah Tanjil mewarisi harta pusaka milik Pak Musa.
Ketika zaman penjajahan British, beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis, Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi mangsa kekejaman SBBUB. Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk berdamai dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah. Turut dibuang daerah adalah abang Pak Musa, Mondut dan adiknya Mualas Unggu serta dua sepupu mereka dikenali Kuloi dan Ulan yang diarahkan ke Membakut manakala dua lagi, Serail (Klias, Beaufort) dan Unggal (Kinarut, Papar). Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke Membakut. Subohria berkata, mangsa kekejaman penjajah itu meninggalkan kampung halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka sediakan sendiri. Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBBUB. Selain pernah menetap di rumah Pak Musa, Subohria mendapat maklumat kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya, Dauyah Mondut yang terbabit dalam pelayaran merentasi samudera Pitas, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran. Katanya, selain berehat, mencari bekalan makanan dan membaiki kapal layar, Pak Musa turut menjalinkan hubungan persahabatan dan membangkitkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat sepanjang lokasi persinggahan. Beliau berkata, sebaik tiba di Jesselton, wakil Residen British membawa mereka ke Petagas, dekat bandar itu dan menetap di sana selama tiga tahun sebelum diarahkan ke Membakut. "Masyarakat tempatan di Membakut terutama Kadazandusun, Brunei dan Bisaya dapat menerima kehadiran Pak Musa dan mengangkatnya sebagai pemimpin mereka terutama dalam bidang perniagaan dan menuntut kemerdekaan," katanya. Subohria berkata, Pak Musa sering bertapa di lubang batu di kenali `wasai' yang kini masih wujud di kawasan air terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan, kira-kira 13 kilometer dari Pekan Membakut. "Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan persilatan, tokoh itu turut mencari ilham untuk meningkatkan ekonomi masyarakat pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman penjajah," katanya. Subohria masih ingat, lima perahu besar digunakan untuk mengangkut hasil dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan Membakut, sebelum diangkut menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau Tenom. Katanya, hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya yang diperoleh daripada sumber kebun dan belantara sekitar Membakut dan Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barangan berkenaan, sebelum dipasarkan. Bagaimanapun, ketika itu `Kempetei' (perisik tentera Jepun) sering keluar masuk ke Kampung Bambangan untuk memburu Pak Musa dan pengikutnya, tetapi sebagai seorang pejuang sejati beliau akan berjuang mempertahankan rakyat. Jepun yang menyedari, sukar untuk mengalahkan Pak Musa, menukar strategi dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya. Ini menyebabkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri. Jepun dikatakan menyedari Pak Musa mempunyai ilmu kebal dan berusaha untuk melemahkan pahlawan Sabah itu. Akhirnya askar Nippon menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa akan terhakis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Subohria yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata, Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang yang sekali gus peluang itu digunakan oleh askar Nippon untuk memancung kepalanya. Pak Musa adalah seorang pahlawan yang bukan saja sanggup menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan, tetapi berjuang memajukan ekonomi etnik pribumi yang hidup dalam kemiskinan. FAKTA: Musa Unggu
Pak Musa menerima gelaran Datuk Maharajalela daripada Pangeran Siti Fatimah iaitu kerabat Sultan Brunei yang ketika itu pemerintah wilayah Karambunai di Pantai Barat Sabah.
Penganugerahan gelaran Datuk Maharajalela adalah penghargaan terhadap perjuangan Pak Musa membela rakyat Borneo Utara (kini Sabah).
Isterinya dikenali sebagai Babu Sairah.
Mengikut Ketua Kampung Bambangan, Membakut, Jabah Amat, 41, antara rakan seperjuangan Pak Musa adalah pejuang berbangsa Bisaya dikenali Marupah, Mat Saman (Brunei) serta Undan dan Mandat (Kadazandusun).
Pak Musa diIslamkan oleh Imam Kampung Brunei, Membakut dikenali Imam Untung.
Kampung Kuala Sungai Angitan adalah nama asal Kampung Bambangan. Kampung Bambangan dikatakan sempena nama pokok buah-buahan tempatan iaitu pokok bambangan.
Sebelum berpindah ke Kampung Bambangan, Pak Musa menetap di pekan Membakut yang kini bekas tapak rumahnya menjadi tapak Balai Polis Membakut.
Pak Musa dikatakan dikebumikan di satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.
Nama Pak Musa tiada dalam senarai 324 rakyat Sabah yang dihukum bunuh secara kejam di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 yang kini diabadikan menerusi Taman Peringatan Petagas.
Nama Pak Musa diabadikan menerusi Dewan Masyarakat Pak Musa di Pekan Beaufort


Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.

Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Petikan : Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik Negeri Sabah - Negeri Di Bawah Bayu, Mohamed Roselan Abdul Malek, Oscar Book International, 1998







BENDERA NEGERI SABAH
Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
Lima jenis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
Warna biru zirkon, melambangkan keamanan dan ketenteraman.
Putih rmelambangkan kemurnian dan keadilan.
Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.


LAMBANG NEGERI SABAH
Dua tangan menjunjung bendera Negeri Sabah melambangkan perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum demi kemajuan dan kejayaan.
Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
Lima jenis warna melambangkan lima Bahagian di Negeri Sabah.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman.
Putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
Warna merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
Warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.


LAGU KEBANGSAAN NEGERI SABAH

Sabah Tanah airKu
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi
SemuaMarilah
Bangunlah Bersatu Semua
Marilah Bersama Serta Maju Jaya
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa
Sentosa
Sabah Negeri Merdeka